Nak belajar skill yang boleh bantu kembangkan perniagaan anda? Berikut merupakan 5 Platform e-Learning yang anda boleh lihat dan belajar sesuatu:
1. Weekan.my
Weekan.my merupakan sebuah platform pembelajaran online yang menyediakan kursus berdasarkan video dalam bahasa Melayu. Kebanyakkan kursus yang disediakan ialah reka grafik, pengaturcaraaan (programming), videografi dan pembangunan website.
2. Planet Mahir
Planet Mahir boleh dikatakan antara platform terbaik untuk anda belajar ilmu teknikal, insaniah dan keusahawanan. Terbaru, mereka juga menyediakan kursus khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
3. Sifoodotcom
Berminat nak menceburi bidang kreatif seperti reka grafik, fotografi dan videografi? Sifoodotcom merupakan platform wajib yang anda perlu terokai. Melalui platform ini, anda boleh mendapatkan pelbagai sumber dan informasi dalam bidan kreatif secara percuma.
Mungkin nama Saiful Nang sudah tidak asing lagi bagi sesetengah pihak. Terbaru, Saiful Nang sudah menubuhkan akademi beliau sendiri melalui iaitu Saiful Nang Academy. Bagi mereka yang suka belajar secara live dan online, anda boleh cuba mengambil kelas yang disediakan oleh Saiful Nang Academy. Kebanyakkan kelas live yang disediakan termasuklah fotografi, videografi, bisnes dan parenting.
5. Academy Wire
Academy Wire merupakan pembelajaran online khas untuk belajar ilmu pemasaran (marketing). Platform ini ditubuhkan oleh 2 pemasar (marketer) yang agak terkenal di Malaysia iaitu Uncle Tiger & Aqif Azizan. Menariknya, kesemua kursus yang dihasilkan di platform ini berdasarkan pengalaman mereka sendiri didalam dan luar negara.
Terdapat banyak lagi platform-platform e-learning (lokal) yang anda boleh terokai. Sila kongsikan platform-platform e-learning yang lain di ruangan komen