Tambah Ulasan

Marketing . February 24, 2021
Website "Not Secure". Patutkah Anda Risau?

Korang pernah tertanya tak kenapa kadang-kadang korang nampak notice "Not Secure" bila tengah layari sesebuah website?

 

Pernah terfikir tak apa fungsi benda tu?

 

Ianya adalah status Secure Sockets Layer atau Lesen SSL website anda. . Dalam erti kata lain, tahap sekuriti website anda. Samada ianya selamat atau tidak selamat untuk dilayari.

 

Apa Itu SSL?

 

Secure Sockets Layer atau SSL merupakan protokol sekuriti yang menggunakan enkripsi modern untuk mengirim dan menerima informasi penting di internet. Dia membolehkan setiap data atau makluman yang diberi di website untuk di tukar menjadi kod kod yang sukar untuk di baca (encrypted) oleh hacker atau penceroboh internet.

 

Perlu ke SSL?

 

Tanpa SSL, informasi yang di ambil di website anda boleh terdedah kepada risiko kecurian. Dan sekiranya anda mengambil maklumat penting seperti makluman kad kredit pelanggan, maklumat tersebut akan jadi sangat mudah untuk dicuri oleh hacker ataupun penceroboh internet.

 

Dan dengan sekelip mata, mereka dapat akses kepada makluman penting pelanggan anda. Tanpa SSL jugak, akan sukar untuk anda buat iklan menggunakan Google Ads and Facebook kerana mereka akan tahu bahawa website anda tidak selamat untuk dilayari. Jadi akaun iklan korang akan di gantung sekiranya didapati tidak mempunyai website yang secure.

 

Masalah ketiga, ranking website korang di Google akan terjejas. Hal ini kerana website yang secure akan menjadi keutamaan Google.

 

Jadi, macam mana nak dapatkan SSL?

 

Lesen SSL boleh didapatkan secara percuma dari syarikat hosting anda. Sekiranya anda tidak tahu apa syarikat hosting yang anda sedang gunakan, anda boleh tanyakan kepada website developer anda. Selalunya, servis website anda akan datang dengan lesen SSL percuma yang anda boleh “enable-kan” di server website korang.

 

Sekiranya pakej hosting yang dilanggan tiada datang dengan servis SSL percuma, anda boleh suruh web developer anda untuk beli satu lesen SSL untuk digunakan di website anda.

 

Sekian, harap sharing harini bermanfaat.

Wave Admin's Avatar

SenangStart Admin

Author

Share :
Latest Highlight
Kelebihan Sebuah Website Untuk Bisnes
Dalam e-book ini anda akan dapat kenalpasti bagaimana langkah dan cara yang betul sebelum mendapatkan sesebuah website dari developer mahupun servis pembuat website.

OFFERS INCLUDE:

  • Full Time Life Access
  • E Book percuma
  • Consulation 24 Jam
Muat Turun
Related Articles
Tempah sesi 1-on-1 audit bisnes anda
Tempah sesi konsultansi bersama kami untuk selesaikan masalah bisnes anda sekarang.