Sekarang ni sangat mudah nak berniaga
Berbagai jenis peluang ada di luar sana. Nak jadi founder, stokis, agen, dropship, semua nya boleh dicari..
Tapi ramai yang akan sangkut bila dah ada produk.
Tak tahu macam mana nak jual
Setiap hari, pening memikirkan tentang sales yang tak naik-naik.
.. Dah pos kat facebook, tapi macam syiok sendiri. .... Pos kat instagram, likes tak sampai sepuluh
Apa yang korang buat semua tak jadi.
Jadi, admin nak share kat korang strategi yang korang kena faham dan buat kat media sosial kalau korang nak bina satu perniagaan yang berjaya, boleh sustain dan boleh upgrade lifestyle korang.
(Disclaimer: Kalau korang nak cari strategi nak kaya cepat, korang boleh stop sini)
Strategi 1: Bina Tribe
Bila last sekali korang nampak iklan tentang produk yang korang tak pernah dengar dan korang decide untuk beli?
Tak pernah kan?
Haaa....pernah terfikir tak kenapa?
Jawapannya, sebab takda elemen "Know, Trust and Like". Elemen yang akan buat seseorang itu untuk percaya dengan pembawakan produk/servis korang yang akan membuatkan mereka ingin membeli.
Sebab tu lah, kalau kat Malaysia, budaya "support member" atau "bagi projek kat saudara mara" tu sangat kuat
Sebab orang-orang ni kita kenal, percaya dan yakin boleh buat apa yang kita suruh...
Tapi apa kena mengena benda ni dengan bina tribe?
Jawapannya, kebanyakan kita bila baru start buat bisnes tu, tak pernah nak ambik masa untuk bina elemen Know, Like and Trust ni. Kita tak pernah anggap followers kita ni sebagai saudara mara atau sahabat handai
Jadinya kita tak pernah berinteraksi dengan mereka.
Tak pernah nak betanya khabar, atau nak reply komen mereka.
Sebaliknya, kita menyorok dibelakang logo brand kita yang takkan bantu para pendengar kita untuk mengenali kita dengan lebih mendalam
Tu yang pertama.
Strategi 2: Takda Offer Yang Murah/Percuma
Korang perasan tak kenapa kalau korang pergi kat sesetengah kedai makanan, dia akan bagi free tester?
Pernah terfikir tak apa sebab nya?
Sebab manusia susah nak percaya.
Disebabkan banyak sangat iklan di luar sana, kebanyakan pelanggan akan rasa was was bila nak membeli daripada korang
Jadi apa yang korang boleh bagi untuk tukar rasa was-was itu kepada rasa yakin?
Boleh rujuk kat table kat bawah ni:
- Jual Makanan & Minuman: Free Tester
- Jual Pakaian: Pre Order (Harga Murah), Offer Return Policy, Exchange policy
- Jual Insurans: Konsultansi Percuma/Kelas percuma/ebook percuma
- Jual Servis Design: Free Trial
- Jual Langganan Software: Free Trial
- Jual Servis: Free Trial
- Jual Kelas: Kelas Pertama Yang Percuma / Webinar Percuma
- Jual Aksesori: Penghantaran Percuma
Buat tu, and offer kat Tribe korang, inshAllah akan start nampak sales
Tu strategi ke 2
Strategi 3: Buat Sales Funnel
Bila korang dah berjaya buat strategi 1 dan 2, korang dah akan start prospek tu semakin banyak
dan bila dah banyak, akan tiba satu masa di mana korang tak akan dapat handle pelanggan/pembeli
Di sini lah, anda akan perlu consider cara untuk automatekan proses ni.
Apa yang anda boleh buat? bina sales funnel...
Sales funnel ini lah yang akan:
- Tarik tribe jadi prospek
- Sales funnel ini lah yang akan yakinkan prospek untuk beli
- Sales funnel ini lah yang akan bantu convertkan prospek sambil korang tidur
Tapi, untuk dapatkan sales funnel ni, korang dah kena pasti korang dah ada tribe dan dah tahu offer percuma korang supaya mudah untuk bina sales funnel ni?
Mana nak buat sales funnel ni?
Ada pelbagai cara. Buat sendiri, guna platform sedia ada atau upah orang untuk buat
Kalau nak buat sendiri, kena pastikan:
1. Korang faham user flow prospek
2. Korang pandai buat copywriting
3. Korang tahu platform apa nak guna dan cara nak guna
Kalau rasa susah, boleh suruh team kami di Senangstart buat. Kami boleh bantu buat tiga tiga di atas.
Jadi, ketiga-tiga strategi yang saya bentangkan di atas merupakan strategi yang boleh diguna untuk the bina satu brand yang boleh tahan lama dan mampu bantu korang untuk ubah gaya hidup korang
Sekian sahaja daripada saya.
JIkalau bermanfaat, bantu kami untuk share artikel ini
Terima kasih