Sebagai seorang peniaga, benda yang tak boleh lekang dari minda kita adalah
"Macam mana aku nak buat sales ni"
Hakikatnya, sebagai seorang peniaga, kebolehan kita untuk kembangkan perniagaan bergantung kepada kebolehan kita untuk jana sales
Jadi, apa kena mengena dengan topik kita hari ini?
Haaaa, tu yang admin nak share ni...
Salah satu cara untuk kita jana sales adalah dengan buat promosi atau offer kepada pelanggan atau database yang sedia ada
Tu yang admin nak share hari ini....(Kalau korang nak cepat, korang boleh skroll ke bawah dan download strategi ini dalam bentuk PDF)
Sedia?
1. Promosi : Kempen Diskaun 5.5 (atau 6.6/7.7 dan seterusnya)
Kalau korang perasana, syarikat syarikat gergasi seperti Shopee, Lazada selalu menggunakan offer ni untuk tarik pelanggan ke website mereka
Kebiasaannya, mereka akan buat sedikit uar-uar di radio, tv dan di media sosial dan sehari sebelum hari offer tersebut, mereka akan buat konsert live streaming
Hasilnya? Juta-juta sales yang mereka berjaya buat
Jadi apa yang anda boleh buat? Plan kempen untuk bulan seterusnya, fikir apa yang anda nak bagi, diskaun, free gift, bonus dan sebagainya
Itu, offer pertama.
2. Promosi : New Produk Launch Offer
Haaa...yang ni sesuai untuk anda yang jual tudung, baju melayu, flavor vape, atau kasut
Sebagai manusia, kita mudah tertarik dengan konsep-konsep baru.
Sebab tu lah, bila shopping mall baru bukak, kita berduyun-duyun nak pergi...
Kawan ada rumah baru, kita sibuk nak ziarah...
So, apa yang anda boleh buat? Lancarkan perisa/variasi/katalog baru dan bagi lah early bird discount kepada pembeli-pembeli terawal
3. Promosi: Offer Installment Plan
Benda ni, boleh buat orang beratur nak beli barang korang.
Bila korang offer installment, apa yang korang tengah buat adalah korang bagi peluang untuk pembeli untuk biayai pembelian mereka atas kredit.
And bila berbuat demikian, mereka dah takkan tengok harga full. Mereka akan start tengok dari segi "Berapa aku perlu bayar setiap bulan?"
So apa yang anda boleh buat? Cari installment provider...
Sekiranya anda menjual melalui website, anda boleh guna servis seperti Hoolah, atau installment melalui Grab Pay Later
Anda juga setup akaun Shopee dan offer installment melalui platform tersebut.
Janji boleh offer installments
4. Promosi: Zero/Low Deposit Offer
Strategi ni, korang boleh guna sekiranya korang jual benda yang sangat mahal (hint: puluh ribu ke ratus ribu)
Ni nak cerita...Pada tahun lepas (2020), Honda Malaysia ada buat satu offer
Offer dia, kalau anda beli kereta honda sebelum tahun baru, anda tak perlu bayar deposit. Cuma tunggu loan approve dan dah boleh start bayar loan
Hasilnya, admin yang tengah tulis ni pun terciduk. Angkat lah satu kereta Honda.. Hahah
So apa yang anda boleh buat? Cuba offer low deposit atau tiada deposit untuk pelanggan beli produk anda
Tengok berapa ramai orang terciduk...
5. Promosi : Pre Order Offer
" Bang, stok baru sampai bulan depan...abang nak beli tak? saya bagi pre order punya harga bla bla bla"
Ramai yang mungkin tidak tahu, tapi strategi pre-order ni sangat bagus untuk perniaga yang tak nak keluarkan duit untuk beli stock
Korang buat launch, dan lepas tu korang buat pre-order.
Dari situ korang akan dapat agak demand orang yang ingin beli dari anda.
Apa yang anda boleh buat? Buat pre order offer
6. Promosi : Pakej Combo atau Bundle
Sekiranya anda dalam satu market dimana terdapat ramai orang yang menjual benda yang sama, anda boleh guna strategi ni
Bayangkan sekiranya anda jual Sanitizer dengan harga RM19.90 sebotol
Dan orang lain pun jual lebih kurang sama....
Jadi apa yang anda boleh buat? Bundle kan produk tersebut
Letak Kain ala ala norwex dan letak lagi 5 botol jadi ada 6 botol dan satu kain norwex. Panggil kan benda tu, home sanitization kit (boleh tahan sebulan)
Letak harga RM99.00....terus anda akan ada satu offer yang akan buat orang fikir dua kali bila mereka nak beli satu sahaja
Tu strategi ke enam
7. Promosi : Free Shipping Offer
Siapa tak suka kalau diberi penghantaran percuma?
Lebih lebih lagi kita hidup di zaman yang dimana semuanya ada delivery fee sekarang...
So apa yang korang boleh buat, offer free shipping sebagai satu insentif untuk beli sekarang
Sebagai kesimpulannya, ambik satu, dan test kat audiens korang.
Tak cuba, tak tahu...