Kalau nak ikutkan, struktur website ini sebenarnya bergantung kepada target market bisnes itu sendiri. Bisnes owner ni selalu sibuk dan tiada masa untuk belajar satu-satu semata-mata nak buat website yang agak teknikal ni. Lebih baik fokus dekat operasi dan pemasaran untuk naikkan sales daripada pening kepala nak fikir buat website. Kalau buat sendiri, biasanya akan selalu tukar sana sini sebab tak cukup ilmu.
Bila dah penat nak buat sendiri, mula nak cari developer untuk buatkan website. Tetapi, mulalah yang sorang ni cas mahal sangat. Ada yang murah sebenarnya, tetapi tak tahu kualiti nanti macam mana. Jadi, pening sebenarnya nak tahu harga market dapatkan website berkualiti ?
Adakah anda tahu bahawa syarikat yang menggunakan pendekatan eksperimen untuk “conversion optimization” akan dapat 2 kali ganda pulangan jualan dalam perniagaan?
Dalam artikel ini kita akan lihat bagaimana website yang mempunyai conversion rate yang tinggi melakukan perkara yang berbeza berbanding pesaing lain. Sebelum kita pergi lebih dalam, ingin saya tekankan beberapa perkara yang perlu difikirkan.
-
Anda mempunyai 0 hingga 8 saat untuk dapatkan penulisan “Headline” dan “Landing Page” yang senang diingat. Selepas 8 saat,majoriti pelawat akan keluar.
-
96% pelawat website anda tidak bersedia untuk membeli produk kali pertama.
-
Video produk menaikkan kebarangkalian untuk membeli sehingga 144%
-
Website yang lambat sehingga 1 saat boleh menyebabkan kurang 7% pembelian.
-
A/B Testing merupakan kayu ukur yang membawa banyak syarikat kejayaan paling tinggi.
Okay. Anda boleh nampak apa perbezaannya…
1. Mereka Tonjolkan “Unique Selling Point” Yang Jelas
Pelawat harus terus nampak dengan jelas di “landing page” kenapa mereka perlu berurusan dengan anda atau mendapat kelebihan.
Sebagai contoh:
2. Mereka Cuba “Call To Action”
Mozilla menaikkan muat turun mereka melalui browser Firefox dengan menukar CTA dari “Try Firefox 3” kepada “Download Now - Free”. Mereka tunjuk lebih jelas bahawa Firefox adalah percuma dan menyuruh pelawat untuk memuat turun.
3. Mereka Cuba “Headlines” Berbeza
Headline pada website anda merupakan elemen penting untuk lakukan jualan. Seperti yang diterangkan, ia sangat penting untuk melihat bagaimana pelawat melakukan pembelian. Tiada formula yang betul untuk dapatkan sesuatu, tetapi anda boleh ikut cara yang berikut.
Syarikat ini menukar headline dari “Cuba Sekarang” kepada beberapa headline dibawah:
-
Bina perniagaan Online Sekarang
-
Iklan Online Yang Membantu Perniagaan
-
Perniagaan Anda Kini Mudah Dijumpai
-
Bina Website Untuk Perniagaan
4. Mereka Mempunyai Website Form Yang Pendek
Berapa kali anda nak daftar dan bila ternampak ada form yang mempunyai 10+ bahagian untuk diisi.
Kita ambil contoh dari Dropbox. Mereka hanya menggunakan bahagian form yang penting sahaja.
Mereka hanya meminta apa yang perlu. Tiada username, tiada soalan keselamatan, tiada tarikh lahir, tiada kod.
Anda boleh cuba mengikut kiraan bahagian form yang perlu diisi. Kadangkala, bahagian form yang banyak juga boleh menambah baik conversion rate anda. Ia bergantung kepada jenis website, tiada betul atau salah. Cuba, adaptasi dan cari kesesuaian untuk anda.
Teknik Lain Yang Boleh Dicuba
-
Meletakkan butang “Chat Now” meningkatkan pendaftarab percuma pada website sebanyak 31%
-
Cars.com naikkan conversion mereka sebanyak 2.7% dengan logo keselamatan pembayaran
-
Meletakkan gambar orang di homepage anda boleh menaikkan impak pembelian
-
Menukarkan butang CTA dari hijau ke merah dapat tingkatkan jualan sehingga 34% bergantung kepada jenis jualan.
-
Menunjukkan testimoni pengguna boleh meningkatkan validasi pengguna
-
Menggunakan bahasa yang selesa digunapakai dengan audiens anda meningkatkan jualan 25-40%
-
Mempunyai website yang mobile friendly
Perkara yang penting adalah untuk cuba dan bereksperimen. Apa yang terbaik untuk website?