Tambah Ulasan

Website . October 22, 2021
Cara buat copywriting tarik prospek jadi pelanggan

Buat website ni agak remeh bahagian copywriting. Selalunya marketer dan bisnes owner ni tak tahu cara nak buat copywriting yang sesuai di website. Ada banyak lagi urusan nak kena settlekan macam masalah team, tambah baik operasi, isu pelanggan yang renyah daripada bazir masa hanya untuk buat copywriting. Bayangkan nak kena buat research, cari inspirasi, buat perbandingan dan belum masuk fasa nak buat lagi. Di sini, saya sediakan blueprint pemudah cara formula hasilkan copywriting buat anda terus guna dan hasilkan konten website tanpa perlu ubah-ubah tak yakin di masa depan kelak. Kami panggil formula ini adalah brandscript.

Brandscript ini adalah teknik formula penceritaan yang boleh tukar prospek menjadi pelanggan kita. Percayalah, konsep brandscript ini boleh disuaikan dengan di mana-mana tahap bisnes anda sekarang. Sama ada, anda berniaga online secara kecil-kecilan, offline atau menjual berpuluh-ribu punya produk.

 

Secara asasnya, perniagaan ini adalah cara membuat prospek yakin dengan anda. Di sini saya huraikan dengan lebih details:

 

1.    Hero

Perasan tak kalau tengok Netflix, permulaannya akan pamerkan klip2 yang timbulkan persoalan, kenapa? Adakah anda tahu kenapa ada jenis movie ni buat anda tukar siaran selepas tengok selama 10 minitt?  Setiap movie ni akan ada watak hero dan sebuah misi yang jelas. Ya, jika anda gagal buat orang faham tentang hero dan misinya pada pemulaan cerita, maka mereka tiada sebab untuk duduk bersama anda lagi.

2.    Masalah

Inilah bahagian kita perkenalkan musuh dia dan apa punca disebalik masalah mereka dalam kehidupannya. Macam mana nak buat? Musuh ni adalah naratif yang  akan menambah sesedap perasa sesuatu penceritaan.

Masalah terbahagi kepada tiga:

External – Produk/ servis anda

Internal – Perasaan/ abstract

Philosophical – Buka minda kesedaran/ baik vs jahat/ Belas Kasihan & cinta


3.    The guide

    Selepas itu, barulah anda perkenalkan diri anda dan mula berinteraksi macam mana anda boleh tolong. Biasanya guide/ penunjuk jalan ini tidak hadir pada permulaan penceritaan. Begitu juga bisnes anda. Apakah ciri-ciri seorang penunjuk jalan ni? Ada dua:


1. Empati
2. Tinggi keyakinan\

 

4.    Action plan

Inilah fasa anda perkenalkan produk/ servis anda dan macam mana klien boleh dapatkannya. Prospek perlu diberitahu step-by-step cara bagaimana untuk dapatkan produk/ servis anda. Ya, tidak dinafikan yang komitmen yang memerlukan bajet/ wang ini tidak mudah. Jadi, apa sentimen yang berisiko tentang jaminan boleh mereka rasa cukup untung untuk pilih menjadi pelanggan anda ?

5.    Call-to-Action

Mudah. Apa yang paling anda nak daripada mereka? Dan, jika orang tidak mahu pilih itu, fikirkan apa yang boleh membuatkan mereka luangkan masa dengan anda?

6.    Success

Sangat mudah. Anda gambarkan macam mana manisnya kejayaan itu setelah mereka mendapatkanm serivs/produk anda.

7.    What is at stake

Sebaliknya, kenal pasti apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengalami masalah bisnes untuk tempoh yang lama? Apa yang merugikan mereka sekiranya mereka tidak cukup berminat dengan CTA anda?

8.    Bonus pertama

Macam mana kita nak support hero kita ni ke arah transformasi. Daripada masalah mereka kepada selesai dan bahagia. Fikir begini. Gambarkan pada saat akhir scene  movie, di mana anda raikan pemenang dalam movie tersebut. Dalam pemasaran, Ini akan membuatkan mereka bercerita tentang anda.


Mungkin anda dah tahu, apa itu struktur brandscript ini. Tetapi, agak janggal untuk diaplikasikan ke dalam bisnes anda. Nak tak kalau saya share kepada anda canvas simple workbook secara PERCUMA sahaja?

Blueprint Copywriting Tinggi Conversion Website
Wave Admin's Avatar

SenangStart Admin

Author

Share :
Latest Highlight
Kelebihan Sebuah Website Untuk Bisnes
Dalam e-book ini anda akan dapat kenalpasti bagaimana langkah dan cara yang betul sebelum mendapatkan sesebuah website dari developer mahupun servis pembuat website.

OFFERS INCLUDE:

  • Full Time Life Access
  • E Book percuma
  • Consulation 24 Jam
Muat Turun
Related Articles
Tempah sesi 1-on-1 audit bisnes anda
Tempah sesi konsultansi bersama kami untuk selesaikan masalah bisnes anda sekarang.