Tambah Ulasan

Website . February 18, 2021
5 Tools PERCUMA Untuk Pemilik Bisnes Yang Mempunyai Website!

Siapa yang tak suka dengan benda percuma, lagi-lagi kalau ia dapat memberi manfaat yang besar kepada kita! Kami akan kongsikan 5 tools percuma yang disediakan oleh Google untuk pemilik website dan sangat berguna untuk bisnes anda.

 

1. Google Analytic

 

Google Analytic merupakan sebuah alat percuma yang disediakan oleh pihak Google untuk mendapatkan laporan dan data trafik website. Dengan menggunakan data dan laporan yang disediakan oleh Google Analytic, anda dapat menambah baik konten website, pengalaman pengguna (user experience) dan “optimize” jualan bisnes anda. Google Analytic boleh dikatakan antara tools yang wajib ada pada sesebuah website.

 

2. Google Data Studio

 

Kadang-kadang bila terlalu banyak data, kita akan jadi pening dan tak tahu nak rujuk yang mana dulu, lagi-lagi untuk beginner. Oleh itu, Google Data Studio perlu menjadi tools wajib untuk website anda! Alat ini dapat menyediakan kepada anda data analisis kepada laporan yang sangat senang untuk difaham dan informatif melalui visualisasi data.

 

3. Google My Business

 

Jika anda mempunyai kedai fisikal, Google My Business merupakan tools yang sangat berguna untuk bisnes anda! Walaupun tools ini mempunyai beberapa fungsi yang dapat menaikkan Jenama bisnes dan trafik website anda , namun ianya 100% percuma untuk digunakan seperti tools-tools yang diatas. Pastikan anda mengisi maklumat yang diminta dengan betul dan penuh supaya pengguna dapat berhubung dengan anda menggunakan maklumat yang diberikan.

 

4. Think With Google (test my site)

 

Untuk mengetahui samada website anda bagus atau tidak untuk pengguna smartphone, anda boleh menguji prestasi website anda menggunakan “Test My Site” daripada “Think With Google”. Dalam hanya beberapa minit sahaja, Google akan memberi cadangan bagaimana untuk menambah baik prestasi website anda khususnya untuk pengguna Smartphone yang melayari website anda. Ingat! Tiada seorang pun yang suka melayari website yang lambat dan tidak mesra pengguna.

 

5. Google Trend

 

Nak tahu trend dan data terkini daripada Google? Anda boleh mendapatkan data ini melalui Google Trend dan apa yang lagi menarik, anda boleh dapatkan data yang lagi spesifik berdasarkan negara dan kategori. Melalui data ini,anda boleh mencari idea untuk menghasilkan kontent untuk blog website anda!

 

Wave Admin's Avatar

SenangStart Admin

Author

Share :
Latest Highlight
Kelebihan Sebuah Website Untuk Bisnes
Dalam e-book ini anda akan dapat kenalpasti bagaimana langkah dan cara yang betul sebelum mendapatkan sesebuah website dari developer mahupun servis pembuat website.

OFFERS INCLUDE:

  • Full Time Life Access
  • E Book percuma
  • Consulation 24 Jam
Muat Turun
Related Articles
Tempah sesi 1-on-1 audit bisnes anda
Tempah sesi konsultansi bersama kami untuk selesaikan masalah bisnes anda sekarang.