Bila cakap pasal benda percuma, pasti ramai akan suka. Especially bila ia dapat mendatangkan pelbagai manfaat untuk pengguna.
Harini ini, kami akan kongsikan 5 tools PERCUMA yang anda boleh guna untuk buat marketing, tanpa perlu keluarkan se-sen pun dari poket anda!.
(P/s: Kalau bermanfaat, jangan lupa share ye!)
Disclaimer: Kami tak guarantee bahawa tool-tool ini akan diberi secara percuma selama-lamanya oleh provider, tapi selagi ianya boleh digunakan secra percuma, kami sarankan anda untuk menggunakannya.
1. CANVA - Graphic Design
Bila cakap pasal digital marketing, kita tak boleh lari dari aktiviti graphic design.
Tapi hakikatnya, tidak semua peniaga di luar sana fasih dalam aspek ini, lebih-lebih lagi skill ini perisian “Software” yang complex. (Hint: Photoshop, Illustrator) .
Perkenalkan Canva, satu software online yang boleh bantu anda buat graphic design tanpa perlu mengupah seorang graphic designer.
Kenapa Canva?
Bagi kami, ianya kerana terdapat banyak template-template yang telah sedia ada yang anda boleh guna dan tukar kepada brand anda. Ianya sangat mudah dan bermanfaat!
2. TELEGRAM GROUP - Marketing & Broadcasting
Ye, betul. Telegram group. Walaupun nampak simple, tapi telegram group dapat ditukar menjadi satu platform untuk anda membina kolam pelanggan dengan memberi added value kepada mereka.
Sebagai contoh, sekiranya anda ada kedai emas, anda boleh gunakan group telegram itu untuk share design-design stock baru kepada subscribers group telegram anda itu.
Added value tu boleh datang dalam pelbagai cara:
- Early adopters Group - Sekiranya perniagaan anda sentiasa mengeluarkan stock baharu dan ianya dijual dalam kuantiti yang terhad, anda boleh gunakan group anda itu sebagai channel untuk pembeli pembeli awal, sebelum ianya dijual ke khayalak umum.
- Special Support Group - Sekiranya produk atau servis yang anda jual memerlukan after sales support yang kerap. Anda boleh masukkan semua pelanggan ke dalam group tersebut di mana anda ajar cara penggunaan, cara pembaikan dan sebagainya.
- Special Diskaun Group - Group telegram ini juga boleh digunakan untuk anda memberi special akses dalam berbentuk diskaun kepada pelanggan anda. Jadi apa yang anda nampak, bahawasanya kita boleh guna group telegram ini sebagai satu tool broadcast untuk memberi value kepada pelanggan atau bakal pelanggan kita.
3. HUNTER.IO - Lead Generation
Sekiranya anda menjual servis, tool ini akan dapat bantu anda cari alamat emel prospek dengan mudah. Hunter.io berfungsi dengan menunjukkan anda alamat emel yang ada di website yang anda sedang layari.
Sebagai contoh, sekiranya saya sedang melayari website Senangstart dan saya klik logo hunter, dia akan tunjukkan saya alamat emel team senangstart yang sedang digunakan di website tersebut.
Mudahkan? Tak perlu susah payah untuk cari alamat emel pelanggan.
4. GOOGLE FORM - Operation
Sekiranya anda pandai guna google form, ianya boleh menjimatkan masa. Pelbagai perkara yang anda boleh buat dengan google form di dalam perniagaan anda.
Ini termasuklah:
- Mendapatkan butiran butiran penting dari pelanggan
- Mendapatkan feedback dari pelanggan
- Menggunakan sebagai dokumentasi untuk “onboard” pelanggan
Dan semua ini dapat dilakukan dengan hanya share link kepada pelanggan. Anda tak perlu susah susah untuk explain kepada pelanggan proses anda atau sebagainya.
5. Waveapps - Akaunting
Waveapps merupakan satu perisian percuma yang anda WAJIB gunakan untuk menghantar invois profesional kepada pelanggan anda.
Perisian ini membolehkan anda merekodkan jualan, menghantar invois dan melihat prestasi perniagaan anda setiap bulan.
Apa yang menjadikan perisian ini satu perisian “MUST-Have” adalah fungsi penghantaran invois secara talian tanpa perlu anda cetak ke pelanggan. Ianya semudah, isi tempat kosong dan tekan hantar.
Dan setelah anda terima pembayaran daripada pelanggan, ada boleh rekodkan pembayaran tersebut dengan menekan “Rekod Payment” dari applikasi smartphone anda! Semuanya secara percuma! .
Sekian, harap sharing hari ini bermanfaat! Admin doakan pembaca-pembaca smua murah rezeki dan dapat kembangkan perniagaan tahun ini!