1- Definisi
“Outbound Marketing” ataupun dikenali juga sebagai “Push Marketing” menggunakan strategi marketing untuk memperkenalkan bisnes anda kepada khalayak ramai samada mereka mungkin mencari atapun tidak tentang produk yang anda tawarkan Manakala “Inbound Marketing” merupakan cara halus untuk menarik perhatian prospek anda dengan menawarkan kepada mereka informasi yang relevan dan bernilai
2- Channels
Antara contoh saluran (channels) “Outbound Marketing” ialah TV, Radio, Risalah, Papan Iklan, Pemasaran Online dan Email Marketing. Manakala untuk Inbound Marketing pula ialah blogs, content marketing, video marketing dan SEO.
3- Perbezaan
Fokus Inbound Marketing ialah menarik prospek yang tepat dan betul untuk mengenali bisnes atau brand anda dengan memberi konten yang relevan dan bermanfat. Contoh Kempen “Inbound Marketing” ialah anda melakukan “educational” ataupun “entertaining content” untuk menangani masalah yang dihadapi oleh prospek tertentu sahaja.
Kebiasaanya, orang akan menggunakan search engine seperti Google untuk mencari solusi masalah mereka. Disinilah peranan kontent anda dengan memberi solusi kepada masalah tersebut. Manakala fokus “Outbound Marketing” pula ialah memberi kontent atau maklumat kepada semua orang sama ada mereka berminat atau tidak dengan maklumat tersebut.
Kebiasaanya kempen “Outbound Marketing” cenderung lebih umum untuk menarik minat khalayak yang lebih besar. Betul! Tidak kisah samada di radio, di TV mahupun di platform sosial seperti Facebook, Iklan anda akan tetap muncul walaupun ia tidak relevan dan tidak diminta oleh prospek.
4. Strategi terbaik
Tidak ada istilah yang paling terbaik untuk kedua-dua strategi ini. Semuanya bergantung dengan matlamat anda. Ingat! Anda seorang sahaja yang tahu dan perlu untuk menentukan samada untuk menggunakan “Outbound Marketing” ataupun “Inbound Marketing” ataupun kedua-dua sekali.