Skill tarik pelanggan (terutamanya pelanggan online) merupakan satu skill yang semakin hari, semakin penting.
Lebih lebih lagi pada zaman sekarang dimana ia memerlukan bisnes-bisnes untuk sentiasa pandai meyesesuaikan “Adapatable” dengan peredaran masa.
Hari ini, saya akan share # STRATEGI yang anda boleh guna untuk tarik pelanggan ke website(kedai online) anda….Tanpa perlu melaburkan se sen pun untuk buat iklan berbayar.
𝟭. Bina Aset Dalam Di Ruangan Blog
Setiap website mempunyai kebolehan untuk menulis artikel di ruangan blog.
Namun ramai tidak mengambil masa untuk melakukan sedemikian kerana tidak nampak akan faedah jangka masa panjang dalam menulis blog.
Mungkin anda tak tahu, tapi bila seseorang pengunjung sudah berminat untuk menempah servis atau membeli produk anda, mereka akan mula membaca blog-blog anda.
Dan sekiranya di situ terdapat satu artikel yang betul, InshAllah mereka akan terus menghubungi anda atau menempah servis anda.
Jadi, apa jenis artikel yang anda boleh buat?
Anda boleh ceritakan tentang isu yang pelanggan anda sedang alami, tips-tips mudah untuk mengatasi masalah tersebut, testimoni pelanggan dan banyak lagi.
Itu, strategi pertama.
2. Bina Satu Landing Page ...untuk Bagi Free Konten .
Satu lagi strategi yang digunakan untuk tarik pelanggan ke website anda adalah dengan memberi satu “value Add” yang HANYA boleh diambil di website, dalam bentuk landing page.
“Value Add” ni boleh diberi dalam bentuk Downlodable Template, Skrip-Skrip marketing, Ebook Percuma, Video Training Percuma, Tool2 percuma atau sebagainya.
Bahkan, kalau anda lagi kreatif, anda boleh printkan satu iklan dan beri insentif untuk pembaca untuk pergi ke link anda. Lagi banyak cara tarik, lagi bagus.
Dengan adanya konten-konten ini (yang hanya boleh di diakses di website), anda secara tidak langsung akan memberi satu insentif kepada para audiens di media sosial untuk mengunjungi website anda.
3. Buat Joint Venture dengan Orang/Brand yang Audience .
Cara yang terakhir adalah dengan cara Joint Venture. Teknik yang telah terbukti secara berkurun lama dalam dunia perniagaan.
Caranya, anda perlu cari brand-brand lain yang sudah ada audience dan anda perlu “reach out” kepada mereka dengan satu cadangan “proposal”.
Apa yang anda boleh lakukan adalah buat satu kerjasama di mana anda boleh tolong bagi exposure kepada brand tersebut di channel anda sebagai pertukaran untuk exposure di channel mereka.
Apa yang anda boleh propose? Buat interview, di mana anda menemu bual founder mengenai kisah kejayaan atau produk yang mereka jual.
Dan anda boleh pos konten tersebut di blog anda dan beri kepada JV partner anda untuk mereka share ke audiens mereka.
Buat Harini, Tengok Results
Berikut merupakan strategi yang anda boleh praktikkan untuk membina steady trafik flow ke website anda. Harap bermanfaat.
Sekiranya anda ingin kami bantu anda untuk buat pelan tarik trafik ke website, anda boleh PM kami dan team kami akan follow up dengan anda.
Sekian.