Tambah Ulasan

Marketing . February 15, 2021
3 Cara Untuk Kembalikan Semangat Berniaga Yang Dah Malap Semasa PKP

"Sekiranya korang tengah baca dan bisnes korang terkesan kerana Covid, Admin doakan supaya korang tabah menghadapi cabaran ini - admin"

 

Minggu lepas, saya berkesempatan untuk berbicara (secara virtual) dengan salah seorang klien kami.Sahabat ni share, sejak pkp ni, semangat untuk run bisnes tu semakin hari semakin pudar.

 

Maklumlah, sejak kerja dari rumah ni, mudah rasa tak bersemangat.

 

Bangun, mandi, kerja…buat benda berulang setiap hari.

 

Lepas perbualan tu, saya sedar satu benda.

 

Ramai perniagaan yang terkesan.

 

Perkara ni sedang berlaku dengan ramai peniaga di luar sana.

 

Kedai yang tak dapat beroperasi sebab kerajaan tak bagi...Kedai fizikal yang orang tak boleh masuk...Hotel-hotel yang tak boleh operate...Dan bermacam-macam lagi lah…

 

Sekiranya anda rasa benda yang sama, Jangan Risau.

 

Ni benda yang korang boleh buat Ada 3 cara anda boleh keluar dari “pitfall” ni

 

1. Baca nota-nota lama

 

Korang takkan nampak apa function dia mula mula tapi bila korang start buat. Korang akan rasa suatu yang berlainan. Rasa excited nak buat balik benda yang dah dipelajari.

 

Nota nota ni termasuklah, posting posting lama, Presentation slide korang.Benda benda yang korang dah spend masa untuk buat.

 

Tengok macam mana dia kan buat korang rasa semangat balik.

2. Contact Pelanggan Sedia Ada

 

Selalunya punca stress ni adalah sebab kita takda pelanggan dan bila takda pelanggan, bisnes tak jalan dan korang pun stress.

 

Jadi, apa yang kita boleh buat? Contact client-client yang pernah buat servis dengan korang.

 

Tanya macam mana hidup selepas servis yang korang bagi.

...Ada ke lagi masalah yang korang boleh bantu?

...Ada benda yang perlu diperbaiki?

 

Korang akan sedar, bila servis korang pernah buat rasa client happy Korang akan rasa bersemangat. Untuk serve client korang lagi.

 

Last sekali, benda paling bermanfaat yang korang boleh buat.

 

3. Start Buat Marketing

 

Post konten marketing. Buat artikel macam ni.

 

Artikel yang bermanfaat. Korang akan bina balik momentum tu yang akan buat korang rasa bersemangat.

 

Rasa tak sabar nak get back in the game. So, 3 benda di atas adalah benda yang korang boleh buat sekiranya korang sekarang rasa down dan tak bersemangat.

 

InshAllah, fasa yang kita semua sedang lalui sekarang adalah satu fasa temporari sahaja. Sekian sahaja daripada admin.

Wave Admin's Avatar

SenangStart Admin

Author

Share :
Latest Highlight
Kelebihan Sebuah Website Untuk Bisnes
Dalam e-book ini anda akan dapat kenalpasti bagaimana langkah dan cara yang betul sebelum mendapatkan sesebuah website dari developer mahupun servis pembuat website.

OFFERS INCLUDE:

  • Full Time Life Access
  • E Book percuma
  • Consulation 24 Jam
Muat Turun
Related Articles
Tempah sesi 1-on-1 audit bisnes anda
Tempah sesi konsultansi bersama kami untuk selesaikan masalah bisnes anda sekarang.